Picci

Saturday, December 17, 2011

What's the story morning glory?

Selamat pagi, pagi yang indah. Hari ni bangun awal penuh bersemangat (selalu bangun awal tapi tido balik huhu). Bangun je pagi ni lepas solat subuh terus je siap2 g berjoging. Punyalah semangat. Joging kat Hutan Bandar pulak tu. Jauh gak dari rumah tapi semangat punya pasal redah jee. Hehe Sebenarnya dah lama mengidam (mengidam??) nak joging kat sana. Tu yang semangat tu!
Hari sabtu macam ni kereta tak banyak sangat pagi2 so sekejap je dah sampai. Agak ramai jugak orang berjoging di pagi nan mendung ini. Niatnya mahu joging tapi malangnya lutut sakit la pulak. Tak leh nak lari lama2. Hurmm.. Sedih bila tak dapat lari. Sebenarnya aku rasa bebas bila berlari. Perasaan dia bila lari tu macam terbang melayang-layang. Macam tu la perasaan dia. Hehehe
Sedih la tapi dapat ambik angin pagi ni kira ok dah tu. Bukan selalu dapat rasa macam ni. Anyway we should enjoy the life. Bukan enjoy sangat pun sebenarnya tapi orang cakap 'menikmati hidup seadanya'.
Banyak cakap pulak pagi2 ni... Heheh

No comments:

Post a Comment