Picci

Saturday, May 21, 2011

Warkah Untuk Kakak


Assalam. Hari ni hujan lebat. Dari petang sampai ke malam hujan tak berhenti-henti. Alhamdulillah.. aku kan suka hujan:) Boring dok kat bilik ni.. nasib la ade internet. Kalau tak memang aku layan tido dan tido terus-terusan. hahaha Masa tengah klik tetikus (mouse la), aku terbaca artikel ni. Menarik pada aku. Hanya untuk kongsi bersama. (mintak izin share ye en author)


Assalamualaikum...
Salam Mahabbah buatmu kakak.

Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita.
Juga tiada mampu untuk kita memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhuwah yang telah lama dijalinkan dengan izin dari-Nya... Alhamdulillah.

Kakak...
Sudah terlalu lama adik tidak menitipkan bicara melalui coretan buatmu. Maafkan adik. Sekalipun bicara coretan tidak adik hulurkan namun kita tetap jua berhubung dan masih bisa bertanya khabar.

Kakak...
Hari ini, hati benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita, adik mulakan sebagai persembahan pembukaan.

Sebenarnya, sudah lama juga adik berkira-kira untuk 'menyapa' (menegur) kakak, tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, adik tangguhkan.
Maaf kakak! Bukanlah niat adik untuk melukakan, jauh sekali membuat kakak berkecil hati. Tapi, sebelum apa juga perasaan yang kakak rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, Insyaallah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah, dan kita sebagai hamba diberikan pula kemampuan untuk melaksanakan... Subhanallah. Indahnya kurniaan.
Kakak...
Mungkin kakak sendiri telah maklum akan perubahan yang ada pada diri adik sekarang. Seorang muslimah yang terlalu menyintai Pemiliknya... dan tiap waktu merindu akan keagungan yang diciptakan-Nya. Allahu Akbar! Bukan hanya melalui kata-kata, tapi ia atas rasa percaya dan benar-benar merasa.

Kakak...
Bersama anugerah terindah yang sedang adik daki kini, bersama persalinan baru yang adik pakaikan pada diri, adik rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, adik ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi adik dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.

Kakak...
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa dihujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, adik berada dilandasan yang berbeza. Mungkin masih jua dijambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya. Astaghfirullah.

Kakak...
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua ibu ayah sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Astaghfirullah. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa."
Namun kakak, sedarkah kita bahawa hari ini Allah masih juga memberikan nikmat untuk kita merasakan alam dewasa. Alhamdulillah, diberikan juga kesempatan untuk kita bergelar isteri dan ibu. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Tiada yang layak dipuji melainkan Dia. Dan diberikan juga peluang untuk bersama ibu ayah yang sedang meniti penghujung usia mereka. Allahu Akbar!
Kakak...
Perkara-perkara inilah yang menjadikan adik selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya Yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan 'terima kasih' dalam tiap gerak nadi yang berdenyut.
Kakak...
Bersama kekuatan dan kemampuan yang Allah berikan pada adik saat ini, adik benar-benar ingin memimpin kakak bersama adik untuk berada dilandasan yang sama.

Dekatilah Dia, kakak. Kembalilah pada-Nya. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Subhanallah. Ayuhlah kakak, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu denganNya.
Kakak...
Bersama warkah ini, adik tinggalkan kakak pesanan-pesanan ini, yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam kakak meniti sisa usia yang Allah berikan...Insyaallah.

~ Letakkanlah niat hatimu semata-mata kerana Allah dalam apa jua yang dirimu lakukan.
~ Hiasilah dirimu dengan rasa malu yang menebal, agar dirimu bisa memperoleh cahaya yang tersembunyi disebalik kepalsuan dunia.
~ Peliharalah solat. Perbaikilah ia. Dirikanlah diawal waktu.
~ Bersahabatlah dengan Al-Quran dan Sunnah agar dapat menjadi penyuluh jalanmu.
~ Peliharalah jua aurat mu. Tutuplah ia. Ingatlah akan azab yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya.
~ Tunaikanlah kewajipan yang telah diperintahkan Allah buat kita dan jauhi maksiat dan kemungkaran yang melalaikan.
~ Jadilah isteri yang redha dan sabar atas tiap ketentuan yang Allah berikan.
~ Letakkanlah diri sebagai ibu yang solehah dan menjadi murabbi kepada anak-anak.
~ Hapuskanlah kegagalan sebagai seorang anak kepada kedua ibu ayah, gantikanlah dengan bakti yang terbaik buat mereka ketika mereka masih ada atau mungkin saat mereka telah kembali ke sisi Pencipta.
Kakak...
Selebihnya, pasti kakak akan temuinya nanti... Insyaallah.
Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari-cari selama ini. Adik doakan moga kakak dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.
Akhirbicara, maafkan adik andai bicara dosa dan pahala ini membuat hati kecilmu tersentuh.
Ingatlah kakak, dunia ini pinjaman semata. Tiada yang akan kekal melainkan Dia. Sementara diberikan kekuatan dan kemampuan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhaiNya.
alt
Moga dikalungkan hidayah buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya denganNya, Yang Maha Menguasai tiap perkara. Allahu Akbar!
Wassalam.
Adik.
Hamba Allah yang dhaif & hina.
**Dipetik daripada artikel iluvislam.com

Wednesday, May 18, 2011

Entri Serius

Ini adalah entri SERIUS.

Hanya yang serius sahaja boleh membaca entri ini.

.......

....... sedang serius.

Sangat serius.

Memang serius.

>

>

>

Habis serius dah ni. Letih-letih...

Sunday, May 15, 2011

Ruang



Mencari ruang

Menarik nafas

Dalam kotak hidup yang saban menghimpit

Tiadanya sukar

Sekadar menghela nafas

Kerana apa yang bermula ini

Cuma keliru

Dataran Bandaraya

ENTRAR

Sekali sekala berjalan best jugak. Dinding kat rumah pun dah bosan tengok muka aku. Jadi untuk mengelakkan daripada dinding tu pecah sebab bosan (atau aku yang bosan?), baik aku menyiar-nyiarkan diri mengambil angin malam. Nak berjalan ke mana? Hurm.. pikiaq punye pikiaq, aku pikiaq g dataran bandaraya pun ok gak. Selalu tengok kat tv je. Kali ni g tengok sendiri.

Padang dataran , depan Bangunan Sultan Abdul Samad

Sampai sana, park motor kat tepi (malas drive kereta sebab tadi cakap nak amek angin malam kan;p) aku pun jalan kaki pusing2. Seronok jalan malam. Orang tak ramai. Lagipun boleh tau tempat2 dan jalan2 dekat sini.

Bangunan ni bangunan... err... tak ingat la. Google la sendiri


Area belakang Bangunan Abdul Samad

 Jalan Tun Perak

 Dataran



Tempat ni sesuai untuk bawa family berjalan. Masa ni pun aku datang banyak family yang datang bawa anak duduk bersantai. Tapi kalau malam minggu, tempat ni memang port mat rempit. So kalau boleh jangan la datang time2 tu melainkan kalau nak tengok mat rempit memekak tengah2 malam, sila la datang.

Yang bestnya, waktu malam kat sini dihiasi sinaran cahaya warna warni kat Bangunan Abdul Samad ni. Aku tak sure la kalau tiap2 malam dia pasang lampu tapi cantik gak tengok lampu neon. Budak2 dengan mak bapak pun seronok layan lampu tu tukar2 kaler. hehe






Nice nice :)

Wednesday, May 11, 2011

Masjid Sultan Abu Bakar

Pulang ke jb, aku berkesempatan untuk singgah ke salah satu 'landmark' di Johor Bahru. Masjid Sultan Abu Bakar. selalu lalu kat jalan depan tu aku tengok je dari bawah. dulu masa sekolah kt EC tak nak pun pergi tengok. ni dah keje jauh2 baru la terhegeh2 nak 'melawat'. hehe

tapi memang cantik pemandangan dari atas tu. macam rase kat oversea pun ade. tak dapat g oversea g sini pun ok ape. hehe









Buat album gambar kat sini ok gak kan.