Picci

Monday, December 26, 2011

Aku tidak bagus dalam penulisan, dan aku tidak juga bagus dalam percakapan. Aku akui hakikat ini. Tapi aku mencuba setiap kali apa yang terbaik yang mampu aku lakukan. Saban kali membaca aku kagum dengan mereka-mereka kerana mampu memberi penjelasan dan gambaran yang baik ketika bercakap atau menulis. Kelebihan mereka, semestinya. Aku menulis pun dalam blog ni je dan tak lebih dari tu. Aku pernah gagal dalam berkata-kata, aku pernah gagal dalam menulis dan aku pernah melukai mereka dengan kata-kata dan tulisan. Aku akui penyesalan yang teramat. Aku akan belajar darinya. Pengajaran dari pengalaman itu betul-betul mengajar aku. 

No comments:

Post a Comment