Picci

Saturday, January 28, 2012

Blues seorang loser

Hari yang agak membosankan. Bangun tido, makan, lepas makan tido, bangun tido lagi makan lagi. Lepas tu mati kutu (kenapa kutu dapat nama kat sini?) Lepas tu tengok dinding sampai malam. Sementelah tu sempat tengok sinchan sebab arini kan Sabtu. Hehe. Nak buat kerja pulak tak boleh sebab kabel laptop tertinggal kat opis. Kunci opis pulak takda. Arghh kutu mati lagi. Nak keluar... tapi nak pi mana? So sambung layan tengok dinding sambil main gitar kapok ni. Terasa loser betul hidup. (rasa macam budak remaja pulak main luah-luah perasaan kat sini) lantak laa janji aku tak boring.

Thursday, January 26, 2012

Entri bergambar 3

Hai. Agak lama tak post entri kat blog ni. So far so good (??). Kali ni aku tak tau nak cakap pasal apa. So aku post la pape pun. Bukan orang marah pun kan. So aku letak entri ada gambar kali ni biar colourful sikit. hehehe. Ok gambar ni aku snap kat JB. Aku rasa bebanyak tempat yang best kat JB tu, kat sini boleh dikatakan - best. Tenang di tengah-tengah bandar tu. Dan yang lagi best tak ramai tau tempat ni (agaknya kot) sebab selalu aku g memang tak ramai.





Ok tak gambar ni? Snap pakai henpon je pun :)

Monday, January 9, 2012

Emosi

Senyum tawa zahir wajahku

Hati menangis siapa yang tahu

(entri malam ni yang agak emo. thehe )

Sunday, January 8, 2012

An-Nisa'

Baca dan tafsir, dan indahnya ayat ni.


Benar dan tingginya kalamullah. 19, Surah An-Nisa'.

Saturday, December 31, 2011

Hey 2011

Final post for the year.

Thank you 2011. You have been bright, kind and honest to me. Sometimes a lil' bit harsh. But I'm okay with it :)

Nothing much I can say. For me you are just another number but as long as you are meaningful to me, to the people around me, that would be enough.

I hope, I've made all of my family and friends smile, laugh and felt silly all the time. haha! My intention is just to make them happy and safe. But I know I can't fulfil it all the way. Didn't mean to make them sad or else. If I did, my utmost apology from the bottom of my heart.

Hey last year (I mean early this year. we are not there yet huh) I posted only a simple, too simple post 'bout the change of year. But this time around I've make some progress huh. Quite a long 'presentation'. Well... hehehehe

All the people hoping for good, great time ahead. So do I. But the difference is, instead of 'hoping', I have to 'doing'. Make it or break it. This is it. No new year celebration tonight. Don't need it. Too old for that. hahaha

Thank you, 2011. Rest assured that you'll be remembered.

Friday, December 30, 2011

Dah penuh!

Setiap kali tengok 'muka' dorang ni memang senyum manjang. Tetiba boleh ketawa tak sopan (ada ke ketawa tak sopan? haha) Teringat la pulak lawak si shinchan ni... hai dia memang tak pemalu (seriously tak tau malu) hahahaha


Nampaknya perut dorang ni dah penuh ;)

Monday, December 26, 2011

Aku tidak bagus dalam penulisan, dan aku tidak juga bagus dalam percakapan. Aku akui hakikat ini. Tapi aku mencuba setiap kali apa yang terbaik yang mampu aku lakukan. Saban kali membaca aku kagum dengan mereka-mereka kerana mampu memberi penjelasan dan gambaran yang baik ketika bercakap atau menulis. Kelebihan mereka, semestinya. Aku menulis pun dalam blog ni je dan tak lebih dari tu. Aku pernah gagal dalam berkata-kata, aku pernah gagal dalam menulis dan aku pernah melukai mereka dengan kata-kata dan tulisan. Aku akui penyesalan yang teramat. Aku akan belajar darinya. Pengajaran dari pengalaman itu betul-betul mengajar aku.