Picci

Sunday, May 15, 2011

Dataran Bandaraya

ENTRAR

Sekali sekala berjalan best jugak. Dinding kat rumah pun dah bosan tengok muka aku. Jadi untuk mengelakkan daripada dinding tu pecah sebab bosan (atau aku yang bosan?), baik aku menyiar-nyiarkan diri mengambil angin malam. Nak berjalan ke mana? Hurm.. pikiaq punye pikiaq, aku pikiaq g dataran bandaraya pun ok gak. Selalu tengok kat tv je. Kali ni g tengok sendiri.

Padang dataran , depan Bangunan Sultan Abdul Samad

Sampai sana, park motor kat tepi (malas drive kereta sebab tadi cakap nak amek angin malam kan;p) aku pun jalan kaki pusing2. Seronok jalan malam. Orang tak ramai. Lagipun boleh tau tempat2 dan jalan2 dekat sini.

Bangunan ni bangunan... err... tak ingat la. Google la sendiri


Area belakang Bangunan Abdul Samad

 Jalan Tun Perak

 Dataran



Tempat ni sesuai untuk bawa family berjalan. Masa ni pun aku datang banyak family yang datang bawa anak duduk bersantai. Tapi kalau malam minggu, tempat ni memang port mat rempit. So kalau boleh jangan la datang time2 tu melainkan kalau nak tengok mat rempit memekak tengah2 malam, sila la datang.

Yang bestnya, waktu malam kat sini dihiasi sinaran cahaya warna warni kat Bangunan Abdul Samad ni. Aku tak sure la kalau tiap2 malam dia pasang lampu tapi cantik gak tengok lampu neon. Budak2 dengan mak bapak pun seronok layan lampu tu tukar2 kaler. hehe






Nice nice :)

Wednesday, May 11, 2011

Masjid Sultan Abu Bakar

Pulang ke jb, aku berkesempatan untuk singgah ke salah satu 'landmark' di Johor Bahru. Masjid Sultan Abu Bakar. selalu lalu kat jalan depan tu aku tengok je dari bawah. dulu masa sekolah kt EC tak nak pun pergi tengok. ni dah keje jauh2 baru la terhegeh2 nak 'melawat'. hehe

tapi memang cantik pemandangan dari atas tu. macam rase kat oversea pun ade. tak dapat g oversea g sini pun ok ape. hehe









Buat album gambar kat sini ok gak kan.

Sunday, April 10, 2011

Wednesday, March 23, 2011

Gogogo Part 2

Mei tahun lepas aku inspection kt Cameron Highlands. Agak lewat (terlebih lewat rasanya) untuk post entri ni tapi ini adalah one of the best inspection aku pernah buat setakat ni. Sebab tu nak jugak post. Hehe


Kali ni aku kene value hotel kat sana. Cameron Highlands Resort. Se-best namanya, tempat ni memang best.








Resort yang tampak 'traditional english architecture'

 Lobby.



Latar belakang resort ni, secara amnya resort ni dah dibina pada tahun 1923. Tapi masa tu bangunannya lain tak macam sekarang. Banyak perubahan berlaku bermula tahun itu iaitu daripada zaman koloni Inggeris kepada zaman penjajahan Jepun, era selepas penjajahan hinggalah ke hari ini. Nak cite banyak pun tak guna. Google je.

Hotel ni jugak ada menyediakan Spa Village bagi sapa-sapa yang stay kat sini. A very nice place to be.



Library and reading room.




Kat Hotel ni ada 4 jenis bilik. Deluxe room, signature room - Jim Thompson suite & Cameron suite (tak silap aku lah) dan satu lagi bilik aku lupa nama dia.


'Cozy room' bak kata mat salleh :)



Ini bilik yang aku stay. Deluxe room. Lupa bilik no. berapa. Masuk je bilik, 1st impression - gile classy!
Kalau korang perasan kat atas katil tu siap ada bunga ros! Haha Macam la aku tengah honeymoon.

Rate 1 malam agak2 berapa? Hurm... untuk bilik ni MYR699 for a night. Not bad huh. Yang paling mahal signature room. Satu malam dalam MYR1,400 - MYR1,500 kalau tak silap aku.


Pagi tu aku sarapan megi (ye megi je. nak makan kt cafe dia gile mahal) sambil dok kt balcony dan nikmati view padang golf. Dengan cuaca yang suam2 kuku, memang relax. Memang rasa macam kat Eropah. Hehehe View dia memang terbaik! 



 Yang ni aku ialah meal for lunch. Aku dapat makan lepas abis inspection tengahari tu. Pretty nice food.

Ok the best part of this inspection is, aku dapat stay and makan for free! Sebelum pergi manager tu cakap kene bayar sikit. Lepas sampai sana dan bila masa nak bayar, entah macamana dia bermurah hati untuk belanja semuanya. Muka aku ni bawak rezeki kot. Pheuww!

Sunday, March 6, 2011

GogoGo Part 1

Hello hello.. sorila malam tadi tertido. Sangat mengantuk! Ok kali ni aku tunaikan janji malam tadi untuk post entri baru.

Selalunya bila aku inspection or berjalan-jalan or travelling, aku suka snap gambar banyak-banyak. Tengah driving pun boleh snap lagi. hehe So for the starting, aku bawak korang jalan-jalan ke Gua Musang Berjanggut!


Masa ni aku g inspect ladang kelapa sawit. Gambar ni aku snap dari atas puncak. View dia memang terbaik! 

Tempat ni memang betul2 tengah hutan! Dah la jalan nak g sane macam jalan Rally Dakar. Dari main road nak sampai ke tempat ni mau sejam setengah baru sampai! Baru adventure namanya. haha


Ni pun dari atas puncak.


Ni pokok kelapa sawit. Masa ni dorang tengah baby lagi. hehe




Ni gambar dari puncak di station lain. Ade perkampungan orang asli kat bawah tu.

Ok masa untuk pulang. Aku balik ikut jalan Gua Musang - Lojing.  





Gambar-gambar ni semuanya original. No editing. Matahari masa ni buat efek dia sendiri. So aku cuma snap je. Memang cun view dia.


Masa di Jalan Simpang Pulai, benti tepi jalan jap semata-mata nak snap view ni. Sangat cantik. Ambil masa untuk menghargai makhluk dan ciptaan Allah. Dengan angin yang sejuk, tempat yang tinggi - speechless. Aku akan ke sini lagi!



Saturday, March 5, 2011

Hello!

Agak lama aku tak post 'Entri Cap Rahmat' kat blog ni. hehe Waktu lapang agak terbatas kebelakangan ni. Tapi macam biasa, kali ni aku takda idea nak menulis.

.......

Macam belum ada idea nak tulis atau post ape2 gambar. hehehe (kau memang takde idea weh) Mungkin perut aku lapar agaknya *alasan*. G cari makanan dulu. Mari!

Wednesday, February 9, 2011