Picci

Wednesday, March 23, 2011

Gogogo Part 2

Mei tahun lepas aku inspection kt Cameron Highlands. Agak lewat (terlebih lewat rasanya) untuk post entri ni tapi ini adalah one of the best inspection aku pernah buat setakat ni. Sebab tu nak jugak post. Hehe


Kali ni aku kene value hotel kat sana. Cameron Highlands Resort. Se-best namanya, tempat ni memang best.








Resort yang tampak 'traditional english architecture'

 Lobby.



Latar belakang resort ni, secara amnya resort ni dah dibina pada tahun 1923. Tapi masa tu bangunannya lain tak macam sekarang. Banyak perubahan berlaku bermula tahun itu iaitu daripada zaman koloni Inggeris kepada zaman penjajahan Jepun, era selepas penjajahan hinggalah ke hari ini. Nak cite banyak pun tak guna. Google je.

Hotel ni jugak ada menyediakan Spa Village bagi sapa-sapa yang stay kat sini. A very nice place to be.



Library and reading room.




Kat Hotel ni ada 4 jenis bilik. Deluxe room, signature room - Jim Thompson suite & Cameron suite (tak silap aku lah) dan satu lagi bilik aku lupa nama dia.


'Cozy room' bak kata mat salleh :)



Ini bilik yang aku stay. Deluxe room. Lupa bilik no. berapa. Masuk je bilik, 1st impression - gile classy!
Kalau korang perasan kat atas katil tu siap ada bunga ros! Haha Macam la aku tengah honeymoon.

Rate 1 malam agak2 berapa? Hurm... untuk bilik ni MYR699 for a night. Not bad huh. Yang paling mahal signature room. Satu malam dalam MYR1,400 - MYR1,500 kalau tak silap aku.


Pagi tu aku sarapan megi (ye megi je. nak makan kt cafe dia gile mahal) sambil dok kt balcony dan nikmati view padang golf. Dengan cuaca yang suam2 kuku, memang relax. Memang rasa macam kat Eropah. Hehehe View dia memang terbaik! 



 Yang ni aku ialah meal for lunch. Aku dapat makan lepas abis inspection tengahari tu. Pretty nice food.

Ok the best part of this inspection is, aku dapat stay and makan for free! Sebelum pergi manager tu cakap kene bayar sikit. Lepas sampai sana dan bila masa nak bayar, entah macamana dia bermurah hati untuk belanja semuanya. Muka aku ni bawak rezeki kot. Pheuww!

No comments:

Post a Comment