Selamat pagi, pagi yang indah. Hari ni bangun awal penuh bersemangat (selalu bangun awal tapi tido balik huhu). Bangun je pagi ni lepas solat subuh terus je siap2 g berjoging. Punyalah semangat. Joging kat Hutan Bandar pulak tu. Jauh gak dari rumah tapi semangat punya pasal redah jee. Hehe Sebenarnya dah lama mengidam (mengidam??) nak joging kat sana. Tu yang semangat tu!
Hari sabtu macam ni kereta tak banyak sangat pagi2 so sekejap je dah sampai. Agak ramai jugak orang berjoging di pagi nan mendung ini. Niatnya mahu joging tapi malangnya lutut sakit la pulak. Tak leh nak lari lama2. Hurmm.. Sedih bila tak dapat lari. Sebenarnya aku rasa bebas bila berlari. Perasaan dia bila lari tu macam terbang melayang-layang. Macam tu la perasaan dia. Hehehe
Sedih la tapi dapat ambik angin pagi ni kira ok dah tu. Bukan selalu dapat rasa macam ni. Anyway we should enjoy the life. Bukan enjoy sangat pun sebenarnya tapi orang cakap 'menikmati hidup seadanya'.
Banyak cakap pulak pagi2 ni... Heheh
Saturday, December 17, 2011
Saturday, December 10, 2011
Takda kerja? Yahuu!!
Hari ni dengan rasminya aku berhenti kerja. 2 tahun adalah satu masa yang aku berikan di tempat kerja lama. Perasaan yang bercampur baur. Sedih nak tinggalkan kawan-kawan tapi gembira sebab dapat balik JB. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat diambil. Baik atau buruk, ia tetap berharga untuk meneruskan penitian hidup.(fuh ayat tak tahan). Hahaha. Apapun, terima kasih Allah atas peluang yang diberi. Tamat satu fasa perjalanan kerja. Harus bekerja kuat lagi untuk masa depan. InsyaAllah.
Monday, December 5, 2011
Rindu
Ampunkan aku kerana merinduinya Ya Allah
Kerana rindu yang Engkau kurniakan sesama manusia itu sungguh indah
Semoga ia lebih mendekatkan ku kepada-Mu, Pencipta Sekalian Alam
Sungguh rindu itu tak terungkap oleh patah kata
Aku sungguh merinduinya
Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kesempatan bersamanya
Lindungilah dia, Yang Maha Pengasih.
Kerana rindu yang Engkau kurniakan sesama manusia itu sungguh indah
Semoga ia lebih mendekatkan ku kepada-Mu, Pencipta Sekalian Alam
Sungguh rindu itu tak terungkap oleh patah kata
Aku sungguh merinduinya
Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kesempatan bersamanya
Lindungilah dia, Yang Maha Pengasih.
Sunday, September 4, 2011
Terkadang
Terkadang rasa cinta itu datang. Kerana aku hanya manusia biasa.
Sungguh yang tersungguh, aku bertemu kamu, lalu kita bertemu, juga jika terpisah, hanya kerana Allah.
Bagaimana ingin kamu tahu perasaanku tentang perasaanku kepadamu.
Jika hati itu milikku.
Sungguh yang tersungguh, aku bertemu kamu, lalu kita bertemu, juga jika terpisah, hanya kerana Allah.
Bagaimana ingin kamu tahu perasaanku tentang perasaanku kepadamu.
Jika hati itu milikku.
Sunday, August 21, 2011
Buka Puasa Ramadhan 1432H
Buka puasa bersama teman persekolahan lama amat mendamaikan. Disertakan dengan memori ketika baru mahu mengenal erti remaja. Sekarang semua dah besar belaka. ;)
Walaupun tak ramai tapi ok la boleh jumpa 2 tahun sekali (walaupun semua keje kat Klang Valley je. Cheit) Macam biasa, next two years, buat lagi.
Sunday, August 7, 2011
Salam Ramadhan
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di serata dunia.
(ayat skema. dah la lambat wish;p)
(ayat skema. dah la lambat wish;p)
Saturday, July 23, 2011
Food Inc.
Pernah terfikir tentang apa yang anda makan setiap hari? Bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia datang? Dokumentari ni sangat bagus untuk kita ketahui bagaimana industri makanan berfungsi dan berevolusi, terutamanya di US. Apa pun, negara kita tidak terkecuali sebab negara kita banyak mengambil contoh dari negara Barat. Lepas tengok ni nak makan KFC, Burger King, Mc Donald's pun fikir empat kali. hehehe
"The industry doesn't want you to know what you eat."
Subscribe to:
Posts (Atom)
